27 May 2013

tips elakkan mata jadi panda

Nampak dak tuh mata panda..haighh..masalah masalah masalah bila jadi panda ni..heheh..so aku pegi la dekat cik google tips hilangkan hitam bawah mata, kalau boleh aku nak yang simple jea boleh buat kat rumah sementara cuti-cuti ni sekali gus boleh la simpan duit nak beli produk apa bagai kan..jom nak share2  yang aku dapat kat cik google

1. Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

2. Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

3. Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit.  Lakukan sebelum dan selepas tidur.

4. Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.

5. Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

6. Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.


itu dia... tak lupa jugak pada blog http://zoeyzauyah.blogspot.com/2011/02/tutorial-hilangkan-kesan-hitam-bawah.html diatas ilmu yang dikongsikan..huahuahua..suka suka!! hilang masalah :D

No comments:

HAK MILIK ZATY RADZI. ORIGINAL BY ME